Tahun 2011 adalah tahun terakhir untuk ambilan pelajar-pelajar T.K tingkatan 4 dan semestinya tahun 2012 merupakan tahun terakhir untuk pelajar-pelajar SPM T.K. Sedehnye rasa bila subjek ini akan ditutup kerana sudah tentu cikgu dah tak ada subjek teknikal untuk di ajar lagi. Sungguhpun subjek Lukisan Kejuruteraan masih lagi kekal akan tetapi subjek L.K sudah cukup cikgu, yalah kelas aliran teknikal hanya kelas 4 & 5 Bestari sahaja. Jadi cikgu Najib selaku Ketua Panitia L.K sudah memadai untuk mengajar kelas itu. Melainkan cikgu diberi peluang untuk 'share' ajar subjek L.K jugak.
Bukan kehendak cikgu untuk menutupkan subjek TK, sungguhpun cikgu tak reti sangat nak ajar beberapa topik TK akan tetapi cikgu sayang jika ia ditutup. Tapi apakan daya, pihak pengetua baru dan pentadbir punya kuasa. Cikgu menurut perintah! Semoga SPM tahun 2012 (sebagai penutupan) iaitu ariffin, haziq, abd. haziq & izhar akan melonjakkan CGPA Panitia T.K pada tahap pencapaian yang paling terrrbaaiikk dalam sejarah..Itu harapan cikgu!