Secebis kata..

Assalamualaikum w.b.t..
Salam mesra buat pembaca-pembaca blog ini terutama kepada warga SMK Pendeta Za'ba, Seremban yang baru berkunjung ke blog panitia TK ini.
Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa meninjau blog yang tak seberapa ini.
Saya selaku Ketua Panitia Teknologi Kejuruteraan berbesar hati untuk berkongsi apa sahaja cerita berkenaan dengan hal akademik
terutamanya di bawah Panitia Teknologi Kejuruteraan. Diharapkan anda dapat secebis ilmu dari blog ini..
Sekian, terima kasih.

Bahan T.K 2011

Trial SPM TK 2011

TRIAL SPM TK 2010

TRIAL SPM TK 2009

Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Kejuruteraan

Saturday, April 28, 2012

PROJEK SPM 2012 ~ SIMEN FERRO
























Alhamdulillah tahun 2012 ini pelajar-pelajar TK tingkatan 5B hampir 50 % siap membuat simen ferro untuk kerja kursus SPM. Terima kasih kepada Pn.Norizah Mat Sallan (guru Landskap) & Suhail (pelajar Landskap) kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar TK. Sekarang ini fasa pertama sudah siap. Fasa ke-2 akan bersambung selepas habis Peperiksaan Pertengahan Tahun @ naik semester ke-2 nanti. Kami perlu fokus semula pada P&P kerana Mid Term Exam lagi 2 minggu. Banyak silibus nak kena cover.

Sunday, April 15, 2012

Salam 2012..TAHNIAH kpd pelajar SPM 2011!

Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca blog saya.. Hai dh bulan April 2012 baru la nak update blog ni..Sorry la sebab kekangan masa di sekolah..Maklum la awal tahun memang macam-macam 'benda' nak kena buat. Tambahan lagi cikgu kena jadi ketua PBSM & handle perkhemahan besar peringkat daerah Seremban.. Macam nak pecah kepala pikir.. Bile dah selesai memang 'ringan' giler rasa beban..
By the way, cikgu nak ucapkan TAHNIAH buat bekas2 pelajar TK cikgu SPM 2011 kerana berjaya menaikkan prestasi GPMP matapelajaran Teknologi Kejuruteraan sekaligus  dianugerahkan sijil bagi matapelajaran yang meningkat prestasinya semasa Hari Anugerah Kecemerlangan 2011. Dah lama cikgu tak naik pentas terima anugerah. Last dulu semasa Mohd. Sabri B. Kamaruddin dapat B+ dalam T.K SPM tahun 2009. SPM tahun 2011, Nor Hafizah Bt Md Tayep telah berjaya mendapat B dalam subjek T.K. Sungguhpun pelajar-pelajar T.K 2011 adalah batch yang terakhir ramai bilangan pelajarnya iaitu seramai 21 orang, akan tetapi cikgu berbangga kerana ramai yang lulus dalam subjek ini, cuma 2 orang sahaja yang gagal. Tahniah dari cikgu sekali lagi..Tak sia-sia cikgu masakkan korang setiap kali time tuition T.K & sentiasa berdoa korang dapat cemerlang dalam SPM. Akhirnya doa cikgu makbul.
Buat 2 orang pelajar cikgu yang gagal, jangan putus asa.. Masa depan korang masih jauh lagi.. Jangan lagi malas2 & ingat selalu pesan+nasihat cikgu.. Bila result dah kluar, nak menangis & menyesal dah tak ada gunanya lagi! Jangan ingat mak ayah kamu kaya & berprofesion tinggi, nasihat+teguran cikgu tak ada nilainya..Boleh melawan cakap cikgu..Boleh ponteng kelas.. Tak nak datang tuition free, tapi nak pegi tuition berbayar. (berlagak la konon!) Allah s.w.t tu lebih Maha Kaya.. doa cikgu-cikgu seperti doa seorang ibu..Allah makbulkan setiap apa yang kami doakan..Jadi janganlah sakiti hati ibu bapa & guru2 kamu kerana tiada keberkatan dalam hidup kamu.. Jadilah anak yang mendengar kata, insyaallah dunia akhirat kamu BERJAYA!


Pelajar Cemerlang T.K SPM 2011 Nur Hafizah Md Tayep
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...