Secebis kata..

Assalamualaikum w.b.t..
Salam mesra buat pembaca-pembaca blog ini terutama kepada warga SMK Pendeta Za'ba, Seremban yang baru berkunjung ke blog panitia TK ini.
Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa meninjau blog yang tak seberapa ini.
Saya selaku Ketua Panitia Teknologi Kejuruteraan berbesar hati untuk berkongsi apa sahaja cerita berkenaan dengan hal akademik
terutamanya di bawah Panitia Teknologi Kejuruteraan. Diharapkan anda dapat secebis ilmu dari blog ini..
Sekian, terima kasih.

Bahan T.K 2011

Trial SPM TK 2011

TRIAL SPM TK 2010

TRIAL SPM TK 2009

Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Kejuruteraan

Wednesday, October 26, 2011

Tuition@Home T.K (26 Okt,2011)





Hai..hari ni cuti umum sempena Hari Depavali. Hari ini juga kelas tambahan Teknologi Kejuruteraan untuk pelajar SPM 5B.  Seramai 7-8 org pelajar 5B datang tuition free kat rumah cikgu.. Terima kasih kerana menghadirkan diri walaupun datang lewat 1-2 jam..takpelah janji datang.. so hari ini kita buat gerak gempur SPM topik PERALATAN (TOOLS) & KAWALAN ELEKTRONIK (ELECTRONIC CONTROL). Sebagai homework cikgu bagi topik PEMBINAAN (BAB 8 & 10). Untuk menu hari ini cikgu masakkan special Spegetti Bolongnese.

Tarikh : 26 Okt, 2011
Tempat : Rumah Cikgu Leen
Masa : pukul 9.30pg (sepatutnya) tapi datang pukul 10.30-11.30pg
Balik : pukul 1.30 ptg.
Kehadiran : Nizam, Amir Syafiq, Mira, Fazreen, Hafizah, Anwar, Amirul Ammar, Fatin Alia.

Friday, October 7, 2011

Is Engineering for You?




  • Do you enjoy solving problems?

  • Do you like science and mathematics?

  • Do you like to integrate these knowledge in real-world experiences in order to make the world better?

  • Do you see yourself as a designer or builder whether of structures, machines, circuits, or systems?

  • Do you like to work as a manager or administrator of a technical enterprise?

If so, a career in engineering may be the right one for you!

A World Without Engineers

What would happen if world without engineers????



A World Without Mechanical Engineers
MECHANICAL ENGINEERS (Car, Bus, Motor)

A World Without Electronics Engineers
ELECTRONIC ENGINEERS (Television)

A World Without Electronics Engineers
ELECTRONIC ENGINEERS (Radio, Sound System)


A World Without Telecommunication Engineers
TELECOMMUNICATION ENGINEERS (Telephone)

A World Without Civil Engineers
CIVIL ENGINEERS (Road, Bridge)


A World Without Aerospace Engineers
AEROSPACE ENGINEER (Aeroplane)

A World Without Computer Engineers
COMPUTER ENGINEER (Computer)

Review 2008- Kelas Tambahan TK 5B

Inilah 3-4 kerat students Teknologi Kejuruteraan saya SPM batch 2008. Memandangkan cuma 3 -4 kerat je, so malas la nak buat kelas tambahan kat sekolah. Cikgu suka ubah suasana pembelajaran agar tidak berlalu bosan & jemu, so cikgu ajak la students TK ni buat kelas tambahan a.k.a free tuition kat Cafe di dataran Senawang. Sambil-sambil study cikgu belanja korang breakfast.. Nak ajak study kat rumah cikgu jauh sangat la plak sebab time dulu cikgu tinggal dalam SDAR, Sg. Gadut. Tapi memang best kalo ajar students sikit nih, tak pening kepala & senang nak fokus. Paling best sekali, dalam sejarah result SPM TK tak pernah ada yang dapat naikkan GPMP 100% dan dapat gred B dalam SPM. Tapi Sabri dah berjaya memecahkan rekod Panitia TK, SMKPZ. Hingga ke saat ini belum ada yang boleh capai B dalam TK sebab subjek ini memang susah nak skor.. Kira B tu paling EXCELLENT sangat la tu. Tahniah Sabri!! Sekaligus melonjakkan nama Panitia TK dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan 2009 untuk anugerah Lompatan Saujana Panitia TK dan pelajar cemerlang TK.



Mus, Sabri, Nik - My TK's students


Mus & Sabri

Review 2010- Kelas Tambahan TK 5B

Salam semua..sorry la ini gambar-gambar yang tahun lepas baru nak diuploadkan sebab sebelum ni tak ada blog.. so sebagai kenang-kenagan cikgu upload la korang punye gambar-gambar lama. To all 5B (SPM Batch 2010), korang ingat lagi tak korang datang untuk kelas tambahan Teknologi Kejuruteraan di Makmal Komputer pada hari Sabtu.. Ha time ni Mohd Nur Aliff (senior TK batch 2009) yang cikgu jemput sebagai tutor berkongsi ilmu tentang tajuk "HIDRAULIK". Walaupun tahun 2010 cikgu tak ajar TK coz cikgu ajar Lukisan Kejuruteraan, namun dek kerana kesian & sayangkan kamu semua cikgu sanggup bazirkan masa & duit (fotostat + belanja makan) untuk buat kelas tambahan TK ni (terpaksa sebab takut result SPM kamu teruk), so kena la berkorban skit. Alhamdulillah kamu semua nampaknya ada perubahan positif selepas "cikgu" Aliff terangkan tentang topik ini dengan lebih mendalam sampai kamu faham. Terima kasih banyak-banyak Aliff kerana sudi membantu cikgu & junior2 berkongsi ilmu dalam kelas tambahan TK.


Cikgu Aliff ( X-5B TK Batch 2009)

Baru separuh yang datang, separuh lagi lambat datang..


Punye la khusyuk Miza sampai atas lantai pun jadilah..


Semoga ilmu yang dipelajari akan kamu manfaatkan diluar sana..

Wednesday, October 5, 2011

Kerja Kursus SPM 2011 - Meja Tulis

Pelajar-pelajar 5 Bestari membuat projek untuk kerja kursus SPM 2011 iaitu sebuah meja tulis. Semua pelajar terlibat dan berganding bahu menyiapkan projek tersebut.








Sieve Analysis (Ayakan Tanah)

13 Julai, 2011 - Pelajar2 TK 4B membuat praktikal untuk topik "Ayakan Tanah (Sieve Analysis)". Pelajar2 akan mengambil sampel tanah dan ditimbang serta direkodkan jisim tanah tersebut. kemudian tanah tersebut akan diletakkan di dalam ayak & mesin ayak untuk mengayak tanah tersebut dalam tempoh lebih kurang 5 minit. Setelah siap, hasil ayakan tanah yang tertinggal dalam setiap jenis penapis ayak tersebut akan ditimbang lagi dan direkodkan dalam jadual. Akhir sekali, berdasarkan data yang terkumpul tadi, pelajar akan memplot graf & menganalisis sama ada tanah tersebut dikategorikan sebagai gred sangat baik, baik dan tidak baik.




Levelling Session - 4 Bestari


15 Jun, 2011 - Seramai 5 orang pelajar TK tingkatan 4B belajar mengukur aras tanah di sekitar kawasan sekolah.








Tuesday, October 4, 2011

Bengkel Teknik Menjawab SPM TK 2011 Peringkat Daerah Seremban







Tarikh : 27 Julai, 2011
Tempat : SMK Taman Semarak, Nilai
Masa : 8.00 pagi ~ 5.00 petang
Peserta : Semua pelajar TK SPM diWAJIBkan hadir
Penceramah : Pn. Azizah (dari SBPI Jempol)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...