Secebis kata..

Assalamualaikum w.b.t..
Salam mesra buat pembaca-pembaca blog ini terutama kepada warga SMK Pendeta Za'ba, Seremban yang baru berkunjung ke blog panitia TK ini.
Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa meninjau blog yang tak seberapa ini.
Saya selaku Ketua Panitia Teknologi Kejuruteraan berbesar hati untuk berkongsi apa sahaja cerita berkenaan dengan hal akademik
terutamanya di bawah Panitia Teknologi Kejuruteraan. Diharapkan anda dapat secebis ilmu dari blog ini..
Sekian, terima kasih.

Bahan T.K 2011

Trial SPM TK 2011

TRIAL SPM TK 2010

TRIAL SPM TK 2009

Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Kejuruteraan

Sunday, October 14, 2012

Kelas Intensif Lonjakan Saujana Bersama Guru Jemputan

13 Oktober, 2012(Sabtu)  - Hari ini pelajar2 TK seramai 3 orang telah menghadiri kelas intensif lonjakan saujana bersama cikgu jemputan iaitu Puan Dyla Jamaluddin di rumah cikgu Leen. Terima kasih anak-anak murid cikgu yang sudi hadir iaitu Abdul Haziq, Mohd Haziq & Ariffin. Kelas intensif ini yang berlangsung pada pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang menumpukan kepada topik khusus yang pelajar-pelajar lemah iaitu KAWALAN HIDRAULIK DAN PNEUMATIK. Sungguhpun hujan lebat pada hari ini, namun pelajar-pelajar ini sanggup redah jua untuk menimba ilmu dan hasilnya pelajar-pelajar ini sungguh bersemangat dan sungguh yakin untuk menjawab soalan-soalan berkaitan hidraulik & pneumatik dan mereka juga telah berjaya menerangkan semula apa yang telah dipelajari kepada kawan yang tidak hadir. Tahniah!!! Cikgu bangga dengan kamu kerana cepat faham dengan ilmu yang disampaikan oleh cikgu Dyla.. Terima kasih Pn. Dyla kerana sudi datang ke rumah Kak Leen & mengajar anak-anak murid kak leen sehingga mereka cukup faham tentang tajuk Hidraulik & Pneumatik. Hasil pembelajaran ini cikgu nampak anak-anak murid cikgu ni daripada ZERO (0) TO HERO! Lonjakan Saujana yang begitu membanggakan! Harapan cikgu agar result SPM nanti pun mestilah juga LONJAKAN SAUJANA juga yea... :)





Tuesday, September 25, 2012

Bengkel Membina Item (JSU)

Pada tarikh 26 September, 2012 bertempat di SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban telah diadakan Bengkel Membina Item (JSU) bagi matapelajaran Teknologi Kejuruteraan peringkat daerah Seremban. Seramai enam orang guru-guru T.K daerah Seremban terlibat dalam bengkel ini. Tujuan bengkel ini diadakan ialah membantu guru-guru T.K cara membuat soalan peperiksaan berdasarkan konsep Justifikasi Spesifikasi Ujian (JSU) yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Monday, May 28, 2012

Cuti sekolah sudah bermula..Kelas tambahan pun bermula

Hai..selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar & guru-guru.. Hari ini adalah hari pertama kelas tambahan bermula. Cikgu bersemangat awal pagi 'sharp' pukul 8 pagi dah datang ke sekolah. Tapi rupa-rupanya bebudak dapat jadual pukul 8.30 pagi start kelas tambahan. Aduyai..tak pelah.. Tunggu punya tunggu, sampai masa cikgu terpaksa cari budak-budak T.K. Manalah pegi tak nampak batang hidung langsung.. Hmmmmm... cikgu try cari ke bengkel T.K, baru terserempak Izhar sorang. Aduh kechewa btol rasa dalam hati..tapi senyuman hanya mampu terukir dibibir cikgu. Aduhai pelajar-pelajar T.K cikgu..Dah dekat nak trial pun tak risau kan.. Doa cikgu Hashim ketika itu pada Izhar "Aku doakan ko sorang akan dapat A SPM nanti!" Hahahaha..Tergelak cikgu! Cikgu suruh Izhar meng'amin'kan aje doa cikgu Hashim tu. Seperti biasa Izhar hanya tersenyum malu. Tak pelah Izhar jom kita belajar macam "personal tuition". Cikgu doakan agar kamu mendapat markah cemerlang suatu hari nanti..

Pukul 9 pagi barulah nampak batang hidung Ariffin. Hmm..bertuah betul anak murid cikgu sorang nih., Dah la datang lambat, tak pakai uniform sekolah plak tuh..Suke ati dia jek! So, hari ni 2 orang pelajar cikgu aje yang datang untuk personal tuition di Bengkel T.K. Tak pelah..Janji datang.. Jumlah pelajar cikgu hanya 5 orang.. Nash kata dia balik kampung, Muhd Haziq kata nak kemas umah sbb baru lepas kenduri abang dia & abd haziq tak ada khabar berita. Lusa ada kelas tambahan lagi.. so kita tengok sape yang datang pulak.. Izhar dah bagitau dia plak nak balik kampung. Bila cikgu nak balik kampung plak ni???? Kerja belambak-lambak!!

Saturday, April 28, 2012

PROJEK SPM 2012 ~ SIMEN FERRO
























Alhamdulillah tahun 2012 ini pelajar-pelajar TK tingkatan 5B hampir 50 % siap membuat simen ferro untuk kerja kursus SPM. Terima kasih kepada Pn.Norizah Mat Sallan (guru Landskap) & Suhail (pelajar Landskap) kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar TK. Sekarang ini fasa pertama sudah siap. Fasa ke-2 akan bersambung selepas habis Peperiksaan Pertengahan Tahun @ naik semester ke-2 nanti. Kami perlu fokus semula pada P&P kerana Mid Term Exam lagi 2 minggu. Banyak silibus nak kena cover.

Sunday, April 15, 2012

Salam 2012..TAHNIAH kpd pelajar SPM 2011!

Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca blog saya.. Hai dh bulan April 2012 baru la nak update blog ni..Sorry la sebab kekangan masa di sekolah..Maklum la awal tahun memang macam-macam 'benda' nak kena buat. Tambahan lagi cikgu kena jadi ketua PBSM & handle perkhemahan besar peringkat daerah Seremban.. Macam nak pecah kepala pikir.. Bile dah selesai memang 'ringan' giler rasa beban..
By the way, cikgu nak ucapkan TAHNIAH buat bekas2 pelajar TK cikgu SPM 2011 kerana berjaya menaikkan prestasi GPMP matapelajaran Teknologi Kejuruteraan sekaligus  dianugerahkan sijil bagi matapelajaran yang meningkat prestasinya semasa Hari Anugerah Kecemerlangan 2011. Dah lama cikgu tak naik pentas terima anugerah. Last dulu semasa Mohd. Sabri B. Kamaruddin dapat B+ dalam T.K SPM tahun 2009. SPM tahun 2011, Nor Hafizah Bt Md Tayep telah berjaya mendapat B dalam subjek T.K. Sungguhpun pelajar-pelajar T.K 2011 adalah batch yang terakhir ramai bilangan pelajarnya iaitu seramai 21 orang, akan tetapi cikgu berbangga kerana ramai yang lulus dalam subjek ini, cuma 2 orang sahaja yang gagal. Tahniah dari cikgu sekali lagi..Tak sia-sia cikgu masakkan korang setiap kali time tuition T.K & sentiasa berdoa korang dapat cemerlang dalam SPM. Akhirnya doa cikgu makbul.
Buat 2 orang pelajar cikgu yang gagal, jangan putus asa.. Masa depan korang masih jauh lagi.. Jangan lagi malas2 & ingat selalu pesan+nasihat cikgu.. Bila result dah kluar, nak menangis & menyesal dah tak ada gunanya lagi! Jangan ingat mak ayah kamu kaya & berprofesion tinggi, nasihat+teguran cikgu tak ada nilainya..Boleh melawan cakap cikgu..Boleh ponteng kelas.. Tak nak datang tuition free, tapi nak pegi tuition berbayar. (berlagak la konon!) Allah s.w.t tu lebih Maha Kaya.. doa cikgu-cikgu seperti doa seorang ibu..Allah makbulkan setiap apa yang kami doakan..Jadi janganlah sakiti hati ibu bapa & guru2 kamu kerana tiada keberkatan dalam hidup kamu.. Jadilah anak yang mendengar kata, insyaallah dunia akhirat kamu BERJAYA!


Pelajar Cemerlang T.K SPM 2011 Nur Hafizah Md Tayep

Tuesday, December 13, 2011

Subjek T.K SMKPZ akan pupus?

Tahun 2011 adalah tahun terakhir untuk ambilan pelajar-pelajar T.K tingkatan 4 dan semestinya tahun 2012 merupakan tahun terakhir untuk pelajar-pelajar SPM T.K. Sedehnye rasa bila subjek ini akan ditutup kerana sudah tentu cikgu dah tak ada subjek teknikal untuk di ajar lagi.  Sungguhpun subjek Lukisan Kejuruteraan masih lagi kekal akan tetapi subjek L.K sudah cukup cikgu, yalah kelas aliran teknikal hanya kelas 4 & 5 Bestari sahaja. Jadi cikgu Najib selaku Ketua Panitia L.K sudah memadai untuk mengajar kelas itu. Melainkan cikgu diberi peluang untuk 'share' ajar subjek L.K jugak.

Bukan kehendak cikgu untuk menutupkan subjek TK, sungguhpun cikgu tak reti sangat nak ajar beberapa topik TK akan tetapi cikgu sayang jika ia ditutup. Tapi apakan daya, pihak pengetua baru dan pentadbir punya kuasa. Cikgu menurut perintah! Semoga SPM tahun 2012 (sebagai penutupan) iaitu ariffin, haziq, abd. haziq & izhar akan melonjakkan CGPA Panitia T.K pada tahap pencapaian yang paling terrrbaaiikk dalam sejarah..Itu harapan cikgu!

Wednesday, October 26, 2011

Tuition@Home T.K (26 Okt,2011)





Hai..hari ni cuti umum sempena Hari Depavali. Hari ini juga kelas tambahan Teknologi Kejuruteraan untuk pelajar SPM 5B.  Seramai 7-8 org pelajar 5B datang tuition free kat rumah cikgu.. Terima kasih kerana menghadirkan diri walaupun datang lewat 1-2 jam..takpelah janji datang.. so hari ini kita buat gerak gempur SPM topik PERALATAN (TOOLS) & KAWALAN ELEKTRONIK (ELECTRONIC CONTROL). Sebagai homework cikgu bagi topik PEMBINAAN (BAB 8 & 10). Untuk menu hari ini cikgu masakkan special Spegetti Bolongnese.

Tarikh : 26 Okt, 2011
Tempat : Rumah Cikgu Leen
Masa : pukul 9.30pg (sepatutnya) tapi datang pukul 10.30-11.30pg
Balik : pukul 1.30 ptg.
Kehadiran : Nizam, Amir Syafiq, Mira, Fazreen, Hafizah, Anwar, Amirul Ammar, Fatin Alia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...