Secebis kata..

Assalamualaikum w.b.t..
Salam mesra buat pembaca-pembaca blog ini terutama kepada warga SMK Pendeta Za'ba, Seremban yang baru berkunjung ke blog panitia TK ini.
Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa meninjau blog yang tak seberapa ini.
Saya selaku Ketua Panitia Teknologi Kejuruteraan berbesar hati untuk berkongsi apa sahaja cerita berkenaan dengan hal akademik
terutamanya di bawah Panitia Teknologi Kejuruteraan. Diharapkan anda dapat secebis ilmu dari blog ini..
Sekian, terima kasih.

Bahan T.K 2011

Trial SPM TK 2011

TRIAL SPM TK 2010

TRIAL SPM TK 2009

Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Kejuruteraan

Tuesday, December 13, 2011

Subjek T.K SMKPZ akan pupus?

Tahun 2011 adalah tahun terakhir untuk ambilan pelajar-pelajar T.K tingkatan 4 dan semestinya tahun 2012 merupakan tahun terakhir untuk pelajar-pelajar SPM T.K. Sedehnye rasa bila subjek ini akan ditutup kerana sudah tentu cikgu dah tak ada subjek teknikal untuk di ajar lagi.  Sungguhpun subjek Lukisan Kejuruteraan masih lagi kekal akan tetapi subjek L.K sudah cukup cikgu, yalah kelas aliran teknikal hanya kelas 4 & 5 Bestari sahaja. Jadi cikgu Najib selaku Ketua Panitia L.K sudah memadai untuk mengajar kelas itu. Melainkan cikgu diberi peluang untuk 'share' ajar subjek L.K jugak.

Bukan kehendak cikgu untuk menutupkan subjek TK, sungguhpun cikgu tak reti sangat nak ajar beberapa topik TK akan tetapi cikgu sayang jika ia ditutup. Tapi apakan daya, pihak pengetua baru dan pentadbir punya kuasa. Cikgu menurut perintah! Semoga SPM tahun 2012 (sebagai penutupan) iaitu ariffin, haziq, abd. haziq & izhar akan melonjakkan CGPA Panitia T.K pada tahap pencapaian yang paling terrrbaaiikk dalam sejarah..Itu harapan cikgu!

2 comments:

  1. sabar la ckgu...sume tu mnjadi slah satu tggungjwb seorg cg..huhu..insyallah dowg leh wat..sy pown trut mndoakan dowg n cg..=)

    ReplyDelete
  2. Thanx sabri..hope dowg dpt result terbaik mcm awk prnah catat sejarah dlu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...