13 Oktober, 2012(Sabtu) - Hari ini pelajar2 TK seramai 3 orang telah menghadiri kelas intensif lonjakan saujana bersama cikgu jemputan iaitu Puan Dyla Jamaluddin di rumah cikgu Leen. Terima kasih anak-anak murid cikgu yang sudi hadir iaitu Abdul Haziq, Mohd Haziq & Ariffin. Kelas intensif ini yang berlangsung pada pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang menumpukan kepada topik khusus yang pelajar-pelajar lemah iaitu KAWALAN HIDRAULIK DAN PNEUMATIK. Sungguhpun hujan lebat pada hari ini, namun pelajar-pelajar ini sanggup redah jua untuk menimba ilmu dan hasilnya pelajar-pelajar ini sungguh bersemangat dan sungguh yakin untuk menjawab soalan-soalan berkaitan hidraulik & pneumatik dan mereka juga telah berjaya menerangkan semula apa yang telah dipelajari kepada kawan yang tidak hadir. Tahniah!!! Cikgu bangga dengan kamu kerana cepat faham dengan ilmu yang disampaikan oleh cikgu Dyla.. Terima kasih Pn. Dyla kerana sudi datang ke rumah Kak Leen & mengajar anak-anak murid kak leen sehingga mereka cukup faham tentang tajuk Hidraulik & Pneumatik. Hasil pembelajaran ini cikgu nampak anak-anak murid cikgu ni daripada ZERO (0) TO HERO! Lonjakan Saujana yang begitu membanggakan! Harapan cikgu agar result SPM nanti pun mestilah juga LONJAKAN SAUJANA juga yea... :)



