Secebis kata..

Assalamualaikum w.b.t..
Salam mesra buat pembaca-pembaca blog ini terutama kepada warga SMK Pendeta Za'ba, Seremban yang baru berkunjung ke blog panitia TK ini.
Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa meninjau blog yang tak seberapa ini.
Saya selaku Ketua Panitia Teknologi Kejuruteraan berbesar hati untuk berkongsi apa sahaja cerita berkenaan dengan hal akademik
terutamanya di bawah Panitia Teknologi Kejuruteraan. Diharapkan anda dapat secebis ilmu dari blog ini..
Sekian, terima kasih.

Bahan T.K 2011

Trial SPM TK 2011

TRIAL SPM TK 2010

TRIAL SPM TK 2009

Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Kejuruteraan

Tuesday, October 4, 2011

Tuition@Home T.K (24 Sept,2011)

Daripada 21 orang pelajar kelas 5B, hanya 6 orang saja yang datang untuk xtra class.. Bukan tuition berbayar pun.. FREE OF CHARGE! Tapi yang lain entah kenapa la lebih suka pergi ke pusat tuition yang berbayar..tak apalah, yang penting ada jugak yang sudi hadir ke tuition free cikgu nih.. Lebih senang nak fokus pada setiap seorang kelemahan. Dah la cikgu tempah makanan banyak untuk korang semua sebab tahu korang sumer ni 'kuat makan'.. special lagi tuh, ada Nasi tomato, kek puding (tempah dgn cikgu shakliza).. kira macam merangkap korang datang berayalah.. tapi sedeh jugak bila yang datang tak sampai separuh sedangkan tempahan lebih untuk 40 orang. (21 orang = kuat makan X 2 kali ganda). Nasib baik la cikgu awal2 susun strategi sebab dah agak mesti tak semua yang datang, so cikgu dah 'backup' kengkawan suruh datang makan. Alhamdulillah akhirnya habis jugak makanan yang ditempah.


Hanya 6 orang daripada 21 orang pelajar 5B yang datang


Si comel SOFEA tengah mengajar abang + kakak 5B guna laptop


Membuat gerak gempur TRIAL SPM SBP 2011 (paper 1)


Anwar + baby Sofea berposing...


Ha tengok tuh, cikgu Sofea tengah bermain laptop.. Clever gurl!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...