Secebis kata..

Assalamualaikum w.b.t..
Salam mesra buat pembaca-pembaca blog ini terutama kepada warga SMK Pendeta Za'ba, Seremban yang baru berkunjung ke blog panitia TK ini.
Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa meninjau blog yang tak seberapa ini.
Saya selaku Ketua Panitia Teknologi Kejuruteraan berbesar hati untuk berkongsi apa sahaja cerita berkenaan dengan hal akademik
terutamanya di bawah Panitia Teknologi Kejuruteraan. Diharapkan anda dapat secebis ilmu dari blog ini..
Sekian, terima kasih.

Bahan T.K 2011

Trial SPM TK 2011

TRIAL SPM TK 2010

TRIAL SPM TK 2009

Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Kejuruteraan

Tuesday, October 4, 2011

5 Bestari (Batch 2010) dalam kenangan



Pelajar-pelajar 5Bestari (Batch 2010) merupakan pelajar-pelajar Teknologi Kejuruteraan yang paling ramai berbanding sebelum ini. Batch ini adalah batch pertama yang ditawarkan & diwajibkan kepada semua pelajar yang ingin mengambil aliran Sains Teknikal termasuk subjek Lukisan Kejuruteraan. Jika tahun sebelum ini pelajar-pelajar aliran Sains Teknikal (Bestari) boleh memilih sama ada mahu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan (LK) ataupun Teknologi Kejuruteraan (TK). Kini pada tahun 2011,pelajar tingkatan 4 Bestari tidak lagi diwajibkan untuk mengambil kedua-dua subjek Kejuruteraan tersebut, malah boleh memilih salah satu daripadanya. Ini bermakna pelajar-pelajar 5 Bestari (SPM Batch 2011) adalah batch yang terakhir untuk tawaran diwajibkan kedua-dua subjek diambil.

Kepada bekas-bekas pelajar kelas 5B (Engineering Class) cikgu doakan kamu semua berjaya di luar sana dan manfaatkanlah ilmu kejuruteraan yang dipelajari, sesungguhnya ilmu yang dimanfaatkan oleh kamu semua sebahagiannya cikgu dapat pahala dunia & akhirat , insyaallah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...