Secebis kata..

Assalamualaikum w.b.t..
Salam mesra buat pembaca-pembaca blog ini terutama kepada warga SMK Pendeta Za'ba, Seremban yang baru berkunjung ke blog panitia TK ini.
Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa meninjau blog yang tak seberapa ini.
Saya selaku Ketua Panitia Teknologi Kejuruteraan berbesar hati untuk berkongsi apa sahaja cerita berkenaan dengan hal akademik
terutamanya di bawah Panitia Teknologi Kejuruteraan. Diharapkan anda dapat secebis ilmu dari blog ini..
Sekian, terima kasih.

Bahan T.K 2011

Trial SPM TK 2011

TRIAL SPM TK 2010

TRIAL SPM TK 2009

Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Kejuruteraan

Tuesday, October 4, 2011

Anugerah Lompatan Saujana Panitia TK 2009


Ketua Panitia TK bersama trofi & sijil anugerah

Menteri Besar Negeri Sembilan menyampaikan ucapan & anugerah


Menerima anugerah dari Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan


Pada tanggal 7 Mei,2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za'ba telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG 2009 dan Hari Kecemerlangan Akademik bagi tahun 2008 bertempat di Dewan Sri Pendeta, SMKPZ. Panitia Teknologi Kejuruteraan telah dianugerahkan LOMPATAN SAUJANA kerana berjaya menaikkan gred GPMP panitia dengan begitu cemerlang dengan 100% pelajar SPM 2008 lulus iaitu 6.5% berbanding 7% pada tahun sebelumnya,. Anugerah tersebut sangat bermakna buat diri saya dan panitia TK kerana pertama kalinya mendapat anugerah sebegitu sejak menjadi pendidik.

Keputusan SPM = GPMP = Peratus Lulus
2008 = 6 . 5 = 100%
2007 = 7 . 00 = 80%
2006 = 7 . 08 = 69.2%

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...