Secebis kata..

Assalamualaikum w.b.t..
Salam mesra buat pembaca-pembaca blog ini terutama kepada warga SMK Pendeta Za'ba, Seremban yang baru berkunjung ke blog panitia TK ini.
Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa meninjau blog yang tak seberapa ini.
Saya selaku Ketua Panitia Teknologi Kejuruteraan berbesar hati untuk berkongsi apa sahaja cerita berkenaan dengan hal akademik
terutamanya di bawah Panitia Teknologi Kejuruteraan. Diharapkan anda dapat secebis ilmu dari blog ini..
Sekian, terima kasih.

Bahan T.K 2011

Trial SPM TK 2011

TRIAL SPM TK 2010

TRIAL SPM TK 2009

Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Kejuruteraan

Tuesday, October 4, 2011

Tuition@Home T.K (April,2011)

Alhamdulillah setelah selamat saya bersalin pada 31 Januari yang lalu & mengambil cuti bersalin selama 3 bulan, maka untuk pertama kalinya dalam tahun ini saya menyusun strategi untuk kecemerlangan pelajar-pelajar TK yang saya kasihi. Saya mulakan dengan kelas tambahan SPM 5B pada 23 April yang lalu bertempat di rumah saya Tujuan kelas tambahan tersebut ialah untuk cover beberapa bab/silibus yang ketinggalan disebabkan saya cuti bersalin. Walaupun saya masih dalam tempoh cuti bersalin namun saya tetap mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas tambahan ini kerana faktor tiada guru ganti sepanjang tempoh 3 bulan saya meninggalkan anak-anak murid tersayang. Saya mengadakan kelas yang saya namakan sebagai "TUITION@HOME" di rumah saya ini kerana beberapa sebab iaitu:
  1. Ingin mengubah suasana pembelajaran yang lebih kondusif & BUKAN seperti dalam kelas.
  2. Pembelajaran berpusatkan pelajar - Lebih fokus kepada individu (pelajar) kerana pembelajaran seperti di pusat tuition.
  3. Ingin menimbulkan minat pelajar-pelajar yang lemah / kurang berminat terhadap subjek ini agar mereka lebih faham dengan mendalam terhadap sesuatu topik.








Lepas belajar jom kita menjamu selera..Time ni la paling dorang suke skali.. :p




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...